Search

5 IKLAN YANG DIHARAMKAN FESBUK!!
.
.
  • Share this:

5 IKLAN YANG DIHARAMKAN FESBUK!!
.
.
Ramai orang yang buat iklan difesbuk, selalu salah sangka bahawa fesbuk medium untuk iklankan macam-macam produk. Tapi tidak ada orang pun rajin baca peraturan di fesbuk.

Bila kena flag atau ban, mulalah kata fesbuk kejam, fesbuk susahlah, fesbuk zalim dan lagi best fesbuk ni agenda yahudi sedangkan diri sendiri terlalu pandai nak baca peraturan iklan di fesbuk.

Nah, abang Jib bagi payung 5 jenis iklan yang HARAM dibuat dalam fesbuk marketing:

[✘] Iklan yang ada perkataan MERAWAT, MENYEMBUH, MENCEGAH, MENGHILANGKAN @ PENAWAR

Fesbuk bukan tempat kita nak claim macam-macam mukjizat produk. Ada yang kata boleh hilang kanser bila guna produk ni. Fesbuk kalau dapat tahu perkara ni memang akaun profile, page dan produk selamanya terus dibanned dan flag tanpa budi bicara. BERHATI-HATI dalam memilih copywriting.

Sebaliknya pilih ayat yang harmoni dan tidak terlalu overclaimed seperti 'MEMBANTU, MENGURANGKAN, MENGELAK.

[✘] Iklan yang produk SEXUAL @ sentimen berkaitan

Haa, ini pun tak boleh pakai. Fesbuk sekarang dah berevolusi dan pandai baca produk korang jenis apa. Asyik sebut malam jumaat, asyik sebut besarkan, panjangkan @ ketatkan, jawabnya fesbuk terus ban dan flag tanpa budi bicara.

Nasihat abg Jib, carilah produk lain yang baik dan lebih trending..

[✘] Iklan yg promote PRODUK MLM, JANA PENDAPATAN @ OVER PROMISED dll (unsur scammers)

Ni satu lagi kesukaan tipikal orang penduduk bumi, asalkan ada tawaran 'istimewa' yang 'too good to be true' mesti ramai yang sangkut, suka dan siap promo lagi kat orang lain. Abg fesbuk dah hidu bau scammers. Bau dia sama kat mana tanah atas bumi ni, semua sepesen.

Kalau produk MLM, jangan tonjolkan nama brand produk @ MLM, brandingkan diri sendiri dengan kepakaran sendiri dan perkenalkan produk secara halus. Hah, ini memang kena datang seminar, citer panjang pun tak semua orang tahu

[✘] Iklan yg ada LOGO FB @ LOGO BRAND LAIN yang ditrademark spt Nike, Adidas dll

Yang ini jangan kata nak iklankan, nak submit butang iklankan pun dah kene reject awal-awal. Ingat dengan senang-senang kita boleh guna logo @ lambang orang lain? Fesbuk tak suka orang yang tidak ada intergriti.

[✘] Iklan yg ada GAMBAR @ STATEMENT YG NEGATIF

Yang ini yang paling femes dan paling ramai usahawan buat. Ayat copywriting mesti nak sindir, mesti nak kutuk golongan sasaran tertentu. Fesbuk ni sensitif dengan golongan mulut tak reti bahasa begini. Copywriting international, yang berkualiti atau copywriting yang bagus tidak akan sesekali merendahkan mana-mana pihak.

Cth: "ADAKAH KEGEMUKKAN ANDA ITU MENGURANGKAN KEYAKINAN?"

Fesbuk tak suka yang negatif. Fesbuk mewajibkan iklan yang dipaparkan tidak menghina atau menyatakan keburukan. Positifkan ayat copywriting itu, fesbuk suka dan senang approved iklan.

Macamana nak dapatkan copywriting yang baik? Abang malas nak payung lebih, tak semua boleh cerita dalam ni.

NAK TAHU LEBIH LANJUT SUPAYA IKLAN ANDA LEBIH BAIK?

Abg Jib akan cerita detail dan lebih lanjut yang sesuai dengan niche bisnes anda dalam seminar. Anda boleh tanya macam-macam berkenaan produk / brand dan copywriting anda.

Untuk tujuan itu boleh ke link dibawah supaya anda boleh mendaftar untuk pastikan anda berada di landasan yang betul dalam pengiklanan fesbuk.

----> www.roketemel.com

Pastikan anda MENDAFTAR supaya anda buat perkara yang betul dalam marketing. Lambat daftar, lambat lagi anda nak berjaya

"JANGAN KATA ABG JIB TAK PAYUNG"

#roketemel
#najibasaddok


Tags:

About author
Momentum Internet Sdn Bhd 201401003925
Najib Asaddok yang dikenali sebagai Online Rocket Marketing ( ORM ) Expert membantu para usahawan, p
View all posts